
Btw, tuan tanah nak kongsi rasa betapa bertuahnya dilahirkan dimuka bumi ini. Berbintikan abah tuan tanah dan dilimpahkah dengan kasih sayang yang tidak putus putus dari abah & mak. Tuan tanah bukan dilahirkan dari keluarga berada, tapi alhamdulillah Abah akan sentiasa memastikan kami sekeluarga cukup makan & cukup pakaian. Dulu mak pernah kadang2 mengeluh tentang kehidupan kami yang tak pernah senang macam orang lain. Abah selalu cakap ramai lagi yang susah dari kita. Bersyukur. Malah sekarang tuan tanah rasa berlebih. bukan terlalu lebih tapi agak berlebihan.

Abah tuan tanah bukan jenis kuat melenting kalau nak banding dengan mak tuan tanah. Dia penyejuk antara kami. Dia la kuasa neutral. Sampai kadang kadang dia tersepit antara kami. Tipu la kalau tuan tanah tak pnah rasa abah tuan tanah tak berlaku adil antara tuan tanah dengan abang. Atau rasa annoying, atau rasa marah terhadap abah tuan tanah. Tapi deep in my heart, Abah tetap hero no 1 tuan tanah. He never ever give up on us especially pada mak. Thats the best gift i ever had from Abah. He always there for my mom. Sentiasa mencuba yang terbaik untuk kami semua.
Tuan tanah betul betul rasa bersyukur perkahwinan mak & abah yang hampir 30 tahun masih kukuh tak seperti sesetengah pasangan suami isteri yang gagal dipertengahan jalan. Tak bersyukurlah tuan tanah kalau masih tidak berpuas hati dengan kehidupan sekarang. Sekarang giliran tuan tanah membalas semua jasa abah selama ni bersusah payah membesarkan tuan tanah & menjadi ketua sebuah institusi keluarga. Sabar ye abah. Adik tengah usahakan. Abah kena kuat semangat dan jangan putus asa.
Sempena ulang tahun kelahiran abah kali ni, adik doakan agar abah dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, diberi kekuatan meneruskan hidup, diberi kesabaran yang tinggi agar tidak mudah putus asa & dilimpahkan segala rahmat dari Allah SWT. Amin. Terima kasih abah atas jasa jasa abah selama ni. Sekarang abah dah boleh rehat. Biar adik & abang pula jaga keluarga. Insya Allah dengan berkat doa mak & abah, satu hari nanti mak & abah pasti bangga dengan 2 anak mu ini.
No comments:
Post a Comment